Wednesday, June 1, 2011

kekecuhan

Dalam negara indah nian
Kaya dengan pelbagai galian
Juga buah-buahan seperti manggis dan durian
Rakyat berbilang kaum pun hidup dalam keharmonian

Malangnya , ada orang tidak tahan dengan kesepian
Cuba nak mengheboh-hebohkan isu Negara Kristian
Ini semua tersisip dengan agenda tersendirian
Mendahulukan kepentingan diri , abaikan keharmonian

Bukankah segala-galanya ternyata dalam perlembagaan
Tidak sesiapa pun boleh mengubahkan
Melainkan rakyat sendiri menumbangkan
Apatah mereka sendiri yang membuat cabaran

Mujurlah fikiran rakyat telah matang
Agar kekecohan dan kehuru-haraan tidak diundang
Hindarilah orang yang cuba nak menjadi jalang
Agar hubungan persaudaraan rakyat tidak tumbang