Friday, December 18, 2009

Wahai Yang Berhormat !

Wahai Yang Berhormat ,
Semasa pilihan raya , ucapan ceramah penuh semangat ,
Melindungi kepentingan rakyat jelata tanggungjawab Yang Berhormat ,
Setelah angkat sumpah segala-galanya selamat .

Setahun beberapa kali mesyuarat ,
Ulang-alik Kuala Lumpur kelihatan penat ,
Janji-janji semasa pilihan raya haruslah ingat ,
Sungguhpunn tidak membuat perjanjian surat .

Kalaulah YB sibuk sangat ,
Tolak semua jemputan , hadirilah mesyuarat ,
Kami memilih YB ke Dewan Rakyat ,
Tunaikanlah janji-janji dengan tepat .

Berhati-hatilah semasa berkhimat ,
Jagalah duit negara duit rakyat ,
Menerima rasuah perbuatan yang jahat ,
Segala maksiat harus bertaubat .

Berjaga-jagalah perangkap dan jerat ,
Jangan terima walaupun disumbat ,
Agar tidak menjadi subahat ,
Melampaui batasan adat-istiadat .

Kalau YB seorang yang beribadat ,
Tentu hindari segala perbuatan jahat ,
Mementingkan negara dan rakyat ,
Mencapai kecemerlangan yang hebat .

No comments:

Post a Comment