Melayu , Cina , India , Bidayuh dan Kadazan ,
Semua makluk adalah ciptaan Tuhan ,
Dikurniakan dengan pelbagai kelebihan ,
Seluruh insan tidak ada sebarang perbezaan .
Darah merah mengalir di seluruh badan ,
Tidak sesiapa pun yang dapat dikecualikan ,
Jika tiada udara dan tidak makan ,
Tamat hayat hilang daya pernafasan .
Pancaindera yang sempurna telah dilengkapkan ,
Hati jantung denyut berdebaran ,
Sungguhpun budaya , bahasa , agama dan fikiran berlainan ,
Tetapi mengorak langkah sehaluan .
Kita semua harus berjuang untuk keadilan ,
Jangan ambil kira bangsa dan keturunan ,
Asalkan kita semua sanggup berkorban ,
Untuk menjamin keceriaan dan ketenteraman masa depan .
Wednesday, November 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment