Membanting empat kerat tulang ,
Hanya kerana saraf hidup ;
Orang yang menjadi jalang ,
Dalam masyarakat masih menyeludup ,
Pokok pisang berbuah setandan ,
Masak sesikat ranum sebiji ;
Hidup bermasyarakat harus berkawan ,
Jangan hina dan keji .
Rasanya pahit buah peria ,
Goreng dengan telur itik ;
Laungan kuat slogan 1-Malaysia ,
Biarkan tumpah daripada merintik .
Orang belanda suka berlagak ,
Bongkaknya bagai burung merak ;
Bertutur malam hari agak-agak ,
Jangan biarkan api marak .
Awal pagi nenek meramu ,
Mencengkam akar-akar dengan penyepit ;
Bergaya seperti orang berilmu ,
Tapi fikirannya begitu sempit .
Orang Cina tanam sirih ,
Makan dengan pinang kering ;
Kata-kata yang amat pedih ,
Seperti duri dalam daging .
Thursday, September 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment