Sunday, September 5, 2010

Bilakah Kamu Akan Hilang ?

Pemimpin Negara teraju
Jagalah tingkah-laku
Jangan buatkan kita semua malu
Berhati-hati semasa mengatakan sesuatu
Supaya perpaduan dan kemesraan tidak terganggu

Pemimpin Negara teraju
Jagalah kata-katamu
Jangan luahkan dangan terburu-buru
Sehingga menyebabkan seluruh rakyat berkeliru
Seperti orang masuk hantu

Pemimpin Negara teraju
Jika kamu berasa cemburu
Melihat orang lain jaya maju
Kaji selidik diri sendiri dahulu
Jangan cuba buat fitnah yang tidak tentu

Bilakah kamu akan hilang
Dari tanah mulia cemerlang
Demi keharmonian rakyat berbilang
Kalau tidak rakyat akan ditimpa malang
Kamulah punca menjadikan semua orang tak senang

No comments:

Post a Comment