Dengar laungan di Indonesia sana ,
Kuatnya sampai bengang telinga ,
Bukan setakat membakar bendera ,
Kedutaan dibuang najis juga ,
Ibrahim Ali dan Perkasa ada di mana ?
Kononnya Perkasa mempertahankan maruah ,
Nampaknya bagai pokok berdaun lebat tidak berbuah ,
Umpama masakan tiada daging hanya tinggal kuah ,
Hanya rupa kelihatan berani macam Hang Tuah ,
Sebenarnya berwatakan seperti barua !
Dengar laungan kuat di Indonesia sana ,
Tunjuk berani dalam negeri tak berguna ,
Memperbesarkan perkara remeh tak bermakna ,
Langsung tiada pandapat yang membina ,
Cuma boleh mengundang merana !
Kononnya Perkasa mempertahankan hak bumiputra ,
Kini Indonesia cuba mencabar negara ,
Mengapa Perkasa tidak langsung bersuara ,
Adakah itu sikap seorang perwira ?
Lain kali diam-diam jangan kata apa-apa !
Tuesday, September 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment