Berlakunya perbagai maksiat ,
Semakin hari kelihatan malarat ,
Sering mencuit hati rakyat ,
Semakin hari kami berasa meluat ,
Tetapi apakah boleh kami buat ?
Setelah diubati yang sakit pun menjadi sihat ,
Setelah bersenam yang lemah pun menjadi kuat ,
Sekian lama kita merdeka bau perkauman masih terlekat ,
Sekian lama kita berusaha isu-isu bangsa masih terpahat ,
Sampai bilakah baru boleh kita semua sepakat ?
Tahukah anda kita semua harus hidup bermasyarakat ,
Masih tak faham erti muafakat membawa berkat ,
Waktu muda membuat perkara-perkara jahat ,
Kemudian menyesal semasa berjalan dengan tongkat ,
Baru sedar segala-galanya terlambat !
Saban hari kebendaan asyik dihambat ,
Dapat keuntungan besar lupa menunaikan zakat ,
Menikmati kebahagiaan yang bukan main hebat ,
Tidak menghiraukan segala-gala yang ditaubat ,
Hanya mabuk mengejarkan kemewaan yang dahsyat .
Apakah boleh kami buat ?
Untuk menghindari segala-gala maksiat ,
Untuk menghentikan perbuatan yang jahat ,
Untuk memandu insan yang tersesat ,
Untuk memulihkan keadilan dan keamanan masyarakat !
Thursday, June 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment