Kepada petani subsidi diberi
Untuk meringankan bebanan pesawah padi
Adakah semua ini benar-benar sampai kepada Pak Tani
Mungkinkah sebahagian besar daripadanya telah dicuri
Siapapun tidak dapat ketahui
Subsidi diberi juga kepada para pengguna
Tepung , minyak , beras dan juga gula
Dua billion ditingkatkan hingga sepuluh pula
Yang berlebihan itu entah pergi ke mana
Inilah punca negara merana
Subsidi hanya setakat nama
Setelah dilaksanakan sekian lama
Adakah rakyat lapisan bawahan menerima
Manfaat kepada yang berada dan miskin memang tak sama
Bolehkah semua ini memanfaatkan penghuni di kaki lima
No comments:
Post a Comment