Wednesday, June 2, 2010

Kegemilangan Negara Kian Pudar !

Seketika dahulu
Saudagar asing datang berderu-deru
Dari Eropah , Arab , Cina dan juga Bangkahulu
Bukan sahaja bina gedung dan juga kubu

Negara makmur perniagaannya pun maju
Selat Melaka airnya jernih dan warnanya biru
Rakyatnya bermuafakat dan bersatupadu
Niat dan hasratnya cuma satu

Mendagangkan rempah-ratus dan sagu
Datang orang Portugis membawa senapang dan peluru
Mengaut kekayaan kita beribu-ribu
Kesultanan Melaka juga turut diserbu

Pemerintah Portugis lanjut ditunda
Sehingga datang kuasa orang Belanda
Kemudian diikuti orang Inggeris pula
Harta-benda dikaut rakyat juga diperhamba

Dengan perjuangan rakyat jelata
Negara kita telah merdeka
Segala kekayaan menjadi hak kita
Kepada negara semua menyumbangkan jasa

Kegemilangan negara tidak terkira
Hingga orang-orang asing mencelik mata
Kejayaan kita seolah-olah mendusta
Hingga mulut mereka ternganga

Setelah lima puluh tahun merdeka
Semua mungkin lenyap dalam sekelip mata
Akan bankrap negara tercinta
Apakah daya rakyat jelata

Akan pudar kegemilangan negara kita
Subsidi yang diberi sejumlah berjuta-juta
Menyebabkan negara merana dan menderita
Semua ini tanggungjawab siapa

Untuk memulihkan kegemilangan negara
Ambillah sahaja apa yang kami ada
Termasuk nyawa dan harta benda
Sudi berkorban bukan hanya kata-kata

No comments:

Post a Comment