Aku mewatakkan pelbagai peranan ,
Meminta daripada tuan belas kasihan ,
Hormatilah aku sebagai kurnia Tuhan ,
Agar dapat menikmati segala warisan .
Aku bagaikan seorang pengemis ,
Menyeru hingga air mata menitis ,
Suara segak tenaga pun habis ,
Dalam hayat tiada apa yang manis .
Melihat orang berkereta mewah ,
Aku berasa sangat kecewa ,
Sama-sama makan nasi sekawah ,
Mengapa mereka boleh hidup mewah ?
Bukankah semua orang dilayan sama ,
Tidak kira bangsa dan agama ,
Tapi ada yang berkapaian jenama ,
Hanya aku yang berpakaian buruk dan lama .
Itulah malangnya nasib kami ,
Sentiasa hidup dalam susah hati ,
Orang makan angin semasa cuti ,
Kami tidur beralaskan jerami .
Kehidupan pengemis kami nikmati ,
Segala penderitaan yang kami hayati ,
Siapapun tidak ambil peduli ,
Entahlah apa kami akan ditimpa lagi ?
Tuesday, December 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment