Saturday, December 26, 2009

Apatah Janji-janji ?

Apatah Janji-janji ?

Sewaktu pilihan raya terdengar janji-janji ,
Selepas diundi apa pun tak jadi ,
Kami harus tunggu lima tahun lagi ,
Segala harapan hilang dalam waktu nanti ,
Apa boleh buat , kami hanya susah hati .

Wakil rakyat yang dihormati ,
Dengarlah rayuan kami ,
Jangan pura-pura buat tuli ,
Selepas sepenggal kita akan jumpa lagi ,
Tentulah YB akan dihindari .

Cepat-cepatlah menunaikan janji ,
Supaya terus memenangi kerusi ,
Dengarlah sungutan kami dari dalam hati ,
Sekiranya semua janji dimungkiri ,
Hasrat YB pasti tak jadi .

Apabila memenangi kerusi ,
Ramai tali barut mengelilingi ,
Seperti bangkai lalat mengharungi ,
Sehingga YB amat suka hati ,
Lupa apa segala-gala janji .

Kalau YB hilang kerusi ,
Semua pengikut akan lari ,
Tinggalkan YB seorang diri ,
Baru nak insal kesali ,
Sudah terlambat susah nak kembali .

Kerja YB bukan takat mengambil upah gaji ,
Kepentingan rakyat dan negara harus dilindungi ,
Semasa mensyuarat dewan usah ambil cuti ,
Akta anti hak asasi harus ditentangi ,
Bersih , cekap , amanah mesti diamali .

No comments:

Post a Comment