Saturday, December 19, 2009

Musuh Dalam Selimut

TUDM dikawal dengan begitu rapi ,
Tapi enjin pesawat pun boleh dicuri ,
Dibawa keluar dari kem dengan sembunyi ,
Sesiapa pun tidak ketahui ,
Benda yang begitu besar macam mana diangkuti ,
Sehingga dapat dihantar ke luar negeri ,
Perkara maksiat ini amat dicurigai ,
Penjenayah tentulah dari kem itu sendiri ,
Kalau pihak berkenaan tidak daya memasti ,
Seluruh lapisan rakyat amat dikesali .

Berlakunya di TUDM perkara yang tidak diingini ,
Bagaimanakah benda yang begitu boleh dicuri ?
Mengapakah pelbagai peristiwan aneh sering berlaku di sini ?
Adakah gaji mereka tidak mencukupi ?
Sehingga sanggup melakukan perkara yang dibenci ,
Ataupun pihak berkenaan tidak teliti ,
Menyebabkan penjenayah begitu berani ,
Adakah ajaran agama mereka enggan turuti ?
Abaikan segala nilai murni yang dipelajari ,
Oleh sebab kekayaan dan kebendaan mata pun dikaburi .

Ayuhai anak Malaysia yang sejati ,
Peraturan dan undang-undang harus dipatuhi ,
Amalkanlah segala nilai murni ,
Supaya sentiasa dihormati ,
Ingatlah hidup kita untuk berjasa bakti ,
Bukan takat membina kekayaan diri ,
Kata-kata orang tua-tua perlu diingati ,
Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali ,
Bangsa dan nusa kita cintai ,
Buatan maksiat dan syaitan patut dihindari !

No comments:

Post a Comment