Berbilang kaum harus hidup sekawan ,
Mengetepikan segala-gala untuk perpaduan ,
Mendukung cita-cita setinggi awan ,
Biarlah kita bersama-sama melawan ,
Sesiapa yang beremosi perkauman ,
Jangan berikan mereka sebarang sokongan .
Orang yang gila-gilakan kuasa ,
Sikapnya seperti buaya ,
Untuk kepentingan sanggup melakukan apa jua ,
Tidak menghiraukan walaupun dosa ,
Merosakkan perhubungan pelbagai bangsa ,
Sehingga nusa binasa .
Semua kaum tetap bersatu walaupun berlainan bahasa ,
Tetap mengharapkan kehidupan mewah dan bahagia ,
Memandangkan hakikat yang sedia ada ,
Semua kaum sanggup berjasa ,
Demi kepentingan negara dan nusa ,
Hindarkan segala tipu helah .
Hanya emosi perkauman menyebabkan pecah-belah ,
Semua kaum tidak mahu mengaku kalah ,
Bergaduh bersengketa sampai tumpah darah ,
Tidak kehabisan sampai bila-bila ,
Tolak yang haram terimalah mana yang sah ,
Agar dunia yang kelam menjadi cerah .
Saturday, December 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment