Wednesday, December 30, 2009

Seorang Pemandu Teksi

Semasa saya kecil ,
Saya tinggal di sebuah kampung terpencil ,
Jiran sebelah rumah bernama Encik Jalil ,
Sikap orangnya sangat adil .

Beliau bekerja sebagai pemandu teksi ,
Tekun bekerja untuk mencari sesuap nasi ,
Dan menyara hidup anak bini ,
Keluar membawa penumpang setiap hari .

Saya bermain-main di rumahnya setiap hari ,
Beliau anggap saya sebagai anak sendiri ,
Saya disayangi Encik Jalil dan isteri ,
Sentiasa menimang saya tinggi-tinggi .

Encik Jalil seorang yang beriman ,
Beliau tidak suka orang yang berperkauman ,
Sering melaung-laungkan isu-isu sentimen ,
Sehingga menjejaskan keamanan .

Beliau sudi menyumbangkan jasa dan bakti ,
Orangnya pula baik hati ,
Rajin bekerja tidak pernah ambil cuti ,
Segala ajaran Tuhun dituruti .

Kita sebagai manusia harus hidup berdikari ,
Pesannya kepada saya setiap kali ,
Supaya jangan bergantung kepada orang lain sampai mati ,
Kalau rajin berusaha semua boleh jadi .

Encik Jalil tungkus lumus mencari rezeki ,
Keluar membawa penumpang sejak awal pagi ,
Kepada orang tua-tua beliau hormti ,
Orang miskin boleh naik teksinya free.

Beliau berkawan semua tak kira pangkat ,
Kaya , miskin , kerja di sawah atau pejabat ,
Semuanya kerjasama bermuafakat ,
Itu memang sudah menjadi adat-istiadat .

Sikapnya sabar dan bertolenransi ,
Bercampur gaul semua bangsa dalam negeri ,
Hubungan erat tidak pernah berasa dengki ,
Itulah orang yang patut kita contohi .

Beliau bumiputra tapi bukan orang asli ,
Hasutan perkauman ditolak sama sekali ,
Semua bangsa harus satu hati ,
Untuk mencapai perpaduan sejati.

Sejak saya kecil lagi ,
Semangat muhibah telah disemati ,
Semua bangsa harus satu hati ,
Untuk mencapai perpaduan sejati .

No comments:

Post a Comment