Rakyat berbilang kaum berbeza keturunan ,
Agama , kebudayaan ,latarbelakang yang berlainan ,
Berabad-abad hidup dalam aman ,
Jarang berlaku perselisihan .
Pelbagai kaum sering bermaaf-maafan ,
Taat-setia menjadi teman ,
Pembelajaran bahasa ibonda bukan halangan ,
Asalkan hasrat tujuan sehaluan .
Melayu , Cina , Hindu , Bidayuh , dayak dan Kadazan ,
Tinggal bersama-sama di satu taman ,
Masing-masing membanting tulang untuk kehidupan ,
Tanpa perasaan ketinggalan .
Malangnya bidang politik berbau perkauman ,
Isu-isu kecil telah perbesarkan ,
Emosi segelintir manusia telah diapi-apikan ,
Menggembar-gemborkan perkara yang bukan-bukan .
Untuk mendirikan kuasa perseorangan ,
Sanggup menggadaikan keamanan ,
Menumpaskan segala ketenteraman ,
Tanpa menghiraukan masa hadapan .
Menyemai benih-benih perkauman ,
Menggores hati insan sehaluan ,
Sehingga huru-hara menimbulkan perpecahan ,
Apakah keuntungan orang yang berkenaan ?
Kepentingan bangsa dan nusa diketepikan ,
Kata-kata berlebihan malampaui batasan ,
Semata-mata untuk menjadi pahlawan ,
Sanggup menjejaskan masa hadapan .
Tingkat-laku pelampau keterlaluan ,
Kelakuannya mencanggahi ajaran Tuhan ,
Buat jahat umpamakan syaitan ,
Tetap akan hilang segala sokongan .
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment