Wednesday, January 27, 2010

Cabaran

Cabaran

Hanya kerana sepatah perkataan
Perkara remak pun digembar-gemburkan
Sewenang-wenang mengambil tindakan
Sehingga hubungan silaturahim dibinasakan
Tempat ibadat pun sanggup dihinakan
Penganut semua agama tidak berkenan
Siapakah yang sanggup melanggar suruhan Tuhan
Ingkar mematuhi segala ajaran

Perbuatan jahat seperti hamba syaitan
Melakukan apa jua tanpa batas dan sempadan
Cuba memusnahkan perhubungan
Api-api jangan sekali-kali dimainkan
Nanti merebak tidak tertahan
Mencetus perseketaan dan kehuru-haraan
Janganlah cuba membuat sebarang cabaran
Hina-menghina bukan kita punya kebudayaan

Sikap bertolenransi harus kita amalkan
Semua kaum patut bersemangat sekekeluargaan
Saling hormat-menghormati dalam kehidupan
Tolak sama sekali perasaan kebencian
Jangan endahkan sebarang hasutan
Agar tidak berlaku apa-apa perselisihan
Untuk menjamin kedamaian dan keamanan
Berbilang kaum dapat hidup dalam kebahagian

No comments:

Post a Comment