Oleh kerana bilangan pesakit kencing manis meningkat ,
Kerajaan harus bertindak untuk menyekat ,
Supaya semua rakyat sihat ,
Itulah kerajaan yang berbakat .
Demi kebaikan rakyat ,
Kerajaan harus bertindak tepat ,
Menaikkan harga gula dengan cepat ,
Agar tidak terlambat .
Ayuhai rakyat jelata ,
Kencing manis itu musuh kita ,
Bila melarat mungkin boleh jadi buta ,
Kehidupan tetap menderita .
Untuk menghindari segala bala ,
Terpaksalah menaikkan harga gula ,
Para pengguna harus mengkaji semula ,
Tak makan gula bukan boleh gila .
Tapi apabila gula naik harga ,
Banyak barang lain pun akan naik juga ,
Roti canai , kopi , biskut dan mentega ,
Yang tak bersangkut dengan gula pun ikut juga .
Orang kaya tidak berasa apa ,
Orang miskin pening kapala ,
Setakat gula tak makan pun tak apa ,
Tapa keperluan asas macam mana pula .
Saturday, January 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment