Friday, January 22, 2010

Wahai , Sahabatku !

Sejak
Kudikurniakan tubuh dan nyawa
Dalam pandanganku semuanya lawa
Melayu , Tiongua , Hindu , Kadazan dan apa jua
Semua anak-cucu Adam dan Hawa
Insan yang begitu istimewa

Dalam tubuh-badan mengalirnya darah yang merah
Takkan dapat santan jika isi kelapa tidak diperah
Jika kita ingin memperoleh masa depan yang cerah
Perpaduan memang tidak boleh dipecah-belah
Seluruh kalangan satu hasrat satu hala

Pelbagai kaum harus bersatupadu
Agama , bangsa , kepercayaan , keturunan , jangan dipentingkan dulu
Kita bekerjasama dan berganding bahu
Menentang musuh dan seteru
Tanpa menggunakan senapang dan peluru

Dadah , perkauman dan percanggahan agama
Jadi musuh kita yang utama
Patut kita menentang bersama
Semua manusia adalah sama
Kasih-sayang , hormat-menghormati itu ajaran semua agama

Wahai , sahabatku !
Luangkan masa dan waktu
Untuk menjaringkan perhubungan sepadu
Matlamat kita hanya satu
Sebelum membuat sesuatu
Fikirlah masak-masak jangan ikut nafsu

Kalau mata kabur fikiran keliru
Mengambil tindakan dengan terburu-buru
Kawan pun dianggap seteru
Sagala harapan menjadi abu
Kemajuan negara dan kemewahan rakyat akan terbuntu

No comments:

Post a Comment