Tuesday, January 12, 2010

Manusia

Manusia
Dulu-----
Semasa manusia pada zaman purba ,
Berbogel terlanjang tidak pakai apa-apa ,
Makan daging pun tak masak ,
Merayau ke merata-rata ,
Hidup sebatang kala ,
Tidak tahu apa itu “rumah tangga ” .

Kemudian ----
Selepas beribu-ribu tahun kala ,
Sudah tahu bercucuk tanam dan memelihara ,
Sejak itu mula mengumpul harta ,
Wujudlah golongan miskin dan kaya ,
Maka terbentuklah pelbagai bangsa ,
Tapi masih belum berbudaya .

Selepas ----
Berpuluh-puluh ribu tahun pula ,
Manusia berhenti daripada berpindah-pindah ,
Hidup berpuak-puak dan beraja ,
Semakin ramai penduduk terbinalah kota ,
Ada yang menjadi buruh ada yang berniaga ,
Sentiasa selisih faham bersengketa .

Maka ----
Untuk menyatupadukan mereka ,
Supaya tidak mengalami sebarang cedera ,
Orang yang cerdik pandai berkata ,
Menunjuk ajar mencelikkan mata ,
Sebagai manusia harus berjasa ,
Bukan setakat menjaga diri sekeluarga .

Itulah ----
Wujudnya kepercayaan dan agama ,
Semua agama mempunyai ajaran yang sama ,
Manilaikan semua insan dengan saksama ,
Menjaringkan hubungan erat selama-lama ,
Sungguhpun hasrat masing-masing tak sama ,
Tetapi kepentingan masyarakat yang terutama .

Kini ----
Manusia kebanyakan berilmu dalam ,
Tingkah-laku seperti orang zaman silam ,
Kata-kata hanya untuk melepaskan geram ,
Menggores hati hingga naik pitam ,
Minda buntut mata jadi kelam ,
Apa jua mereka sanggup hantam .

Kesal ----
Melihat manusia yang bijak pandai ,
Kerana emosi segala rela digadai ,
Sehingga keharmonian sejati berkecai ,
Sendirilah yang pedas jika ia makan cabai ,
Tengok cekap melompat si tupai ,
Akhirnya jatuh juga ke lantai .

Wahai ----
Manusia yang cintai aman damai ,
Jiwa kasih sayang harus disemai ,
Agar hajat perpaduan sesama kaum tercapai ,
Sekiranya perhubungan rakyat cerai-berai ,
Seluruh projek akan terbengkalai ,
Kerugian memang tidak ternilai .

No comments:

Post a Comment