Monday, January 25, 2010

Pesananku

Wahai , anak-cucu !
Ingatlah pesananku ,
Sebelum bertindak fikir terlebih dahulu ,
Jangan ambil keputusan terburu-buru ,
Lakukan segala-gala mengikut nafsu ,
Tentu perpaduan berbilang kaum terganggu ,
Semua kemajuan akan terbuntu .

Wahai , anak-cucu !
Untuk mencapai perpaduan sepadu ,
Semuanya terletak dalam tanganmu ,
Kita patut bekerjasama dan bersatupadu ,
Demi mewujudkan sebuah negara yang maju ,
Amalkanlah sikap bantu-membantu ,
Hindari perasaan dengki dan cemburu .

Wahai , anak-cucu !
Janganlah dipengaruhi kata-kata hantu ,
Perkara remek pun suka diacu-acu ,
Agar semua orang berseteru ,
Mudah mereka dapat meneraju ,
Sekiranya persengketaan berlaku ,
Kita sendirilah yang mendapat malu .

Wahai , anak-cucu !
Ingatlah pesananku ,
Kehidupan kita seumpama duduk sebangku ,
Patah kaki sebatang goyang tak tentu ,
Kehidupan kita juga macam tidur sekelambu ,
Jaga-jaga supaya nyamuk tidak menyerbu ,
Jangan kerana nyamuk membakar kelambu ,
Kepentingan negara dan perpaduan rakyat diutamakan dulu ,
Jika tidak segala harapan menjadi abu .

No comments:

Post a Comment