Rasanya kami tertipu ,
Semasa kempin semua mampu ,
Janji-janji lebih daripada seribu ,
Apa sahaja kami kata dia bersetuju ,
Bergamit di mana sahaja kami bertemu .
Rasanya kami tertipu ,
Setelah menang pilihan raya dia sembelih lembu ,
Menjamu selera semua yang membantu ,
Suaranya lantang berderu-deru ,
Bercakap kasar pun berasa malu .
Rasanya kami tertipu ,
Beberapa bulan sudah lalu ,
Yang Berhormat kini bukan seperti dulu ,
Nak jumpa pun jarang bertemu ,
Kononnya asyik bermesyuarat sibuk terlalu .
Rasanya kami tertipu ,
Buat janji sebelum itu ,
Dua bulan kemudian masih kena tunggu ,
Semuanya tak semacam dahulu ,
Keadaan berubah suasana baru .
Rasanya kami tertipu ,
Di parlimen YB diam membisu ,
Masalah pengundi jarang mengambil tahu ,
Kalaulah ada yang dibantu ,
Apabila berjaya diminta seribu .
Amat kami kesali ,
Kepada YB undi kami beri ,
Sekarang masalah kami tidak dipeduli ,
Segala rayuan ditolak ke tepi ,
Kami sungguh kecil hati .
Amat kami kesali ,
Nak memperbaiki jalan dan titi ,
Memohon peruntukan tidak diberi ,
Minum basuh masak semua air perigi ,
Sampai bila boleh kami guna air pili .
Amat kami kesali ,
Sudah banyak berbeza dahulu dengan kini ,
Sudah dua tahun YB menyandang kerusi ,
Apakah perubahan kehidupan kami ,
Semuanya tetap begini ,
Yang paling sedih sekali ,
Yang Berhormat mengkhianati parti .
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment