Untuk mengelakkan kemarahan ,
Kamu mempunyai seribu satu alasan .
Untuk memperoleh kemaafan ,
Kamu mempunyai seribu satu alasan .
Untuk melindungi kesalahan ,
Kamu mempunyai seribu satu alasan .
Untuk mengabui penglihatan ,
Kamu mempunyai seribu satu alasan .
Sekiranya kamu telah menggadaikan kejujuran ,
menghilangkan pendirian ,
meruntuhkan penghormatan ,
-----------------------------------
Pasti mempunyai beribu-ribu alasan .
Sungguhpun dengan pelbagai-bagai alasan ,
Mempergunakan parti sebagai batu loncatan ,
Memperalatkan Barisan Pakatan ,
Untuk memperoleh hasil yang lebih lumayan ,
Tetapi muslihat dan helah yang digunakan ,
Akan mendedahkan hasrat kamu yang bukan-bukan .
Ayuhai , orang yang menjengkau batasan ,
Sedarkan dirilah dari kemenungan ,
Agar nahas tidak berterusan ,
Agar segala-gala tidak kelewatan ,
Membetulkan haluan ,
Demi kebaikan rakyat yang memberi sokongan .
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment