Sebagai pemimpin yang berwibawa
Bersedia menyucikan jiwa
Mengukuhkan moral akhlak yang ada
Jauhilah segala dosa semasa berkuasa
Menjadi contoh tauladan anak buah yang dibawa
Sebagai pemimpin yang berwibawa
Bersedia menyucikan jiwa
Mengukuhkan semangat kerja yang ada
Hindarilah sikap perkhidmatan sambil lewa
Amalkan bersih cekap dan amanah sepanjang nyawa
Sebagai pemimpin yang berkuasa
Memperoleh jiwa suci murni setiap masa
Demi kepentingan rakyat dan nusa
Jangan keluarkan kata-kata yang bisa
Baik amalkan sikap berjaga-jaga
Daripada merosak dan membinasa
Sebagai pemimpin yang berkuasa
Memperoleh jiwa suci murni setiap masa
Menitikberatkan pekan dan desa
Mahupun kanak-kanak atau dewasa
Tak kira agama dan bangsa
Semuanya dilayani dengan adil dan saksama
Semua pemimpin harus bertimbang rasa
Jangan nafikan sesiapa yang berbakti dan berjasa
Sungguhpun segala-galanya dikurniakan Tuhan Yang Maha Esa
Tetapi hasilnya berkat daripada rajin dan usaha
Disamping menikmati rahmat yang dikurnia
Harus juga dihargai dan dipelihara sepanjang usia
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment