Terburu-buru masuk parti ,
Tanpa melengkapkan diri ,
Prinsip dan pendirian tiada ama sekali ,
Bertindak mengikut emosi ,
Melompat ke sana sini ,
Kewujudan mereka tidak senang hati ,
Seperti dalam daging ada duri ,
Umpama dalam sekam ada api .
Ayuhai , Yang Berhormat yang dikasihi ,
Sentiasalah taat setia kepada parti ,
Jangan menarik diri sesuka hati ,
Janji-janji kepada rakyat mesti menepati ,
Jangan sesekali memungkiri ,
Kalau YB ingin melompat parti ,
Jangan bawa sama kerusi sekali ,
Itu hak kami sebagai pengundi .
Perbuatan YB yang melompat parti ,
Menyebabkan kami sakit hati ,
Arena politik negara telah dicemari ,
Kini kami semua sudah sedari ,
YB tidak boleh dipercayai ,
Bertanding hanya semata-mata mahu kerusi ,
Jika tidak tercapai hasrat yang diingini ,
Itulah akibat hari ini ,
Menarik diri tinggalkan kami .
Ayuhai , Yang Berhormat yang dikasihi ,
Kini kami rasa meluat dan benci ,
Songkongan yang telah diberi ,
Amat sangat kami kesali ,
Kalau YB bertanding lagi di kawasan ini ,
Walaubagaimanapun YB berjanji ,
Tetap kami tak akan mengundi ,
Sekiranya dipujuk dan dipuji ,
Tentu akan kami tolak sama sekali .
Ke manakah harus mereka pergi ?
Apabila keluar dari parti ,
Letakkan jawatan tinggalkan kerusi ,
Biar rakyat pilih sekali lagi ,
Adakah pengundi bersetuju YB buat begini ,
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment