Empin ditumbuk dari padi ,
Sedap dimakan dengan santan ;
Sabit mengkhianati para pengundi ,
Dato’ diminta letak jawatan .
Tiupan angin kencang berderu-deru ,
Pakai baju hujan lebih selamat ;
Ramai penduduk kawasan Bayan Baru ,
Pilih Dato’ menjadi Yang Berhormat .
Hujan lebat waktu kelmarin ,
Tidak sempat sembahyang mayat ;
Apakah sebab Dato’ Zahrain ,
Keluar dari Keadilan Rakyat .
Tok Janggut pergi ke pekan ,
Membeli damar dan dian ;
Melaung-laungkan masalah yang bukan-bukan ,
Adakah untuk manfaat keperibadian ,
Bengkak muka disengat tebuan ,
Tak mati nasib bertuah ;
Hilang prinsip hilang haruan ,
Sanggup menggadaikan segala maruah .
Badan tegap anak jantan ,
Menjadi wira negeri diraja ;
Bila diminta letak jawatan ,
Dikatakan hanya segelintir sahaja .
Balik kampung semasa cuti ,
Panggang itik dan angsa ;
Jika hendak meninggalkan parti ,
Jangan bangkitkan masalah bangsa .
Terperangkap kaki anak rusa ,
Terincut-incutlah hingga ke tepi ;
Sentiasa bersungut-sungut masalah bangsa ,
Umpama bermain-main dengan api .
Batang ros penuh berduri ,
Darah meleleh tertikam tangan ;
Kasihan melihat Dato’ bersendiri ,
Hilang semua kawan berseperjuangan .
Sunday, March 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment