Ahli politik negara
Sering mempermainkan isu hak istimewa
Bercampur-aduk juga nama bumiputra
Berasa puas apabila susuana menjadi huru hara
Apa jua perkara
Suka dipautkan dengan masalah bangsa
Membesar-besarkan sehingga begitu ketara
Barulah mereka berpura-pura
Menonjolkan diri seperti wira
Ahli politik negara
Amat pandai memainkan sandiwara
Mewatakkan pelbagai peranan dalam drama
Menjadi talam dua muka
Bercakap di hadapan kaum yang berbeza
Dengan bermacam-macam kata
Dalam perhimpunan kaum Melayu , dia berkata
Hendak mempertahankan hak istimewa
Tidak boleh dicabar anak bumiputra
Kalau tidak segala-gala akan binasa
Dalam perhimpunan kaum Cina pula
Dia membincangkan dengan lain cara
Memuji-mujikan mrereka setinggi angkasa
Di sini juga dia menjadi juara
Ahli politik Negara
Tidak sedari diri melakukan dosa
Menolak emosi kaum ke puncak menara
Betapa besarnya ancaman kepada negara
Semua peminpin berbilang bangsa
Harus peka kepada hakikat yang ada
Jangan mempergunakan isu-isu bangsa
Sehingga memusnahkan jalinan baik rakyat jelata
Wahai , ahli politik yang tercinta
Cubalah berikhtiar dan berusaha
Menggemblengkan tanaga semua bangsa
Mewujudkan satu Negara yang adil dan saksama
Saturday, February 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment