Saudagar asing berhati mulia ,
Mendagangkan sutera dan tembaga ;
Orang yang taat setia ,
Tentu masuk ke syurga .
Pelawat datang dari desa ,
Melawat ke kota Melaka ;
Orang yang selalu berdosa ,
Akan dimasukkan-Nya ke neraka .
Kecantikan dewan orang ramai ,
Hasil penduduk Taman Melati ;
Dunia menjadi aman damai ,
Kalau kita saling hormat-menghormati .
Kedengaran harimau akar mengaum ,
Sepanjang sungai ia menyusur ;
Rakyat yang berbilang kaum ,
Harus hidup bertolak ansur .
Kain tenunan emas disidai ,
Dalam kawasan istana Inderagiri ;
Kemesraan keharmonian sanggup digadai ,
Untuk mencapai kepentingan diri .
Membawa sirih dan pinang ,
Dibalut kemas dengan tuala ;
Apabila suasana agak tenang ,
Perihal remeh digembar-gemborkan pula .
Hujan lebat diiringi guruh ,
Dibasahi semua hasil pertanian ;
Jangan meneguk air dalam keruh ,
Mencari peluang mengancam keharmonian .
Ikan puyu ikan haruan ,
Sisik disiang badan dibasuh ;
Semasa berborak jangan keterlaluan ,
Merosakkan keharmonian mencetus rusuh .
Wajah Si Gadis berseri-seri ,
Baju kurung kain pelekat ;
Semua lapisan sudah sedari ,
Pecah belah tidak berkat .
Pokok keladi atas busut ,
Hibggao seekor burung belatuk ;
Sesiapa yang cuba menghasut ,
Semua orang akan mengetuk .
Berjalan-jalan di jalan raya ,
Bawa buah tangan bersama ;
Hidup kita jangan beraniaya ,
Itu semua ajaran agama .
Ikan kaloi ikan toman ,
Jangan dipancing dengan joran ;
Kalau hendak hidup aman ,
Ikutilah segala suruhan Tuhan.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment