Mari kita bersama menjamah
Makan nasi berlaukkan petai
Manyanjung tinggi kedaulatan mahkamah
Hukuman tidak boleh dipertikai
Awan terapung-apung terlalu tinggi
Cuaca kelam kerana gerhana
Sabit hukuman mahkamah tinggi
Berarak ramai-ramai ke istana
Beli makanan di kantin
Semua pelajar harus beratur
Hendak bertanya kepada Rais Yatin
Adakah itu tanda akur
Sikap menabung amalan mulia
Simpan wang di Bank Nasional
Adakah pemerintahan negara Malaysia
Hak abadi Barisan Nasional
Ambil pisau memotong kuku
Harus berjaga-jaga setiap masa
Mengapa apa jua berlaku
Dibabitkan dengan isu bangsa
Ikan kerang dan ketam
Semua diuruskan secara komersial
Mengambil tindakan penjaja haram
Hanya semata-mata masalah sosial
Menimba air dari telaga
Gunakan timba daun upih
Semua rakyat harus berjaga-jaga
Jangan bertindak secara berlebih-lebih
Menunggang motosikal dengan laju
Hinggap di topi anak kartu
Kalau mahu negara maju
Kita semua harus bersatu
Rotan menjalar di celah-celah
Berpaut ke atas pokok sena
Kalau rakyat kita berpecah-belah
Semua orang hidup merana
Kangkung tumbuh dalam paya
Daunnya hijau lagi lebar
Masing-masing berusaha menjadi kaya
Keturunan bangsa jangan dicabar
Friday, February 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment