Friday, February 12, 2010

Kepada Yang Berhormat

Oleh sebab keperibadian diri
Atau di dalam daging ada duri
Menyebabkan Yang Berhormat keluar dari parti
Mengikhianati para pengundi

Yang berhormat harus berpendirian tegas
Taat setia menjalankan tugas
Jangan membuat sebarang tuduhan tanpa asas
Segala dosa akan dibalas

Jika ada udang di sebalik
Rakyat akan nampak kerana mereka telah mencelik
Yang Berhormat berasa keadaan pelik
Setelah bekerjasama dua tahun dalam sebilik

Menarik diri dari parti
Tapi masih enggan melepaskan kerusi
Janji-janji kepada rakyat telah dimungkiri
Bilakah Yang Berhormat nak menjadi menteri

Sebelum dicalonkan tak mahu meneliti
Setelah menjadi wakil rakyat baru menginsafi
Tindak Yang Berhormat amat kami syaki
Mungkin hasrat sulit tidak dapat dipenuhi
Baru termuncul niat nak keluar dari parti
Apakah benar-benar masalah yang YB menghadapi
Hanyalah Yang Berhormat tahu seorang diri
Para pengundi seumur hidup tidak dapat mengetahui


















No comments:

Post a Comment