Saturday, February 13, 2010

Siapakah Patut Kami percayai ?

Wajah kelihatan senyuman sinis
Perbuatan jahat macam iblis
Kata-kata mulut sangat manis
Hati perut seperti keris


Para nelayan menangkap ikan
Melabuhkan pukat dan jala
Slogan satu Malaysia dilaung-laungkan
Perlaksanaan harus dikaji semula


Pokok serambu pandai melilit
Menjalar tinggi ke angkasa
Tanpa mengira warna kulit
Tiada perbezaan taraf bangsa

Perkauman bukan perkara sulit
Semat dalam fikiran belia
Jikalau membezakan warna kulit
Bagaimanakah mencapai satu Malaysia

Ikan siakap ikan senohong
Menangkap dari tempat paya
Pemimpin pun bercakap bohong
Siapakah patut kita percaya

Anak kerbau berlumpur di kubang
Dipancar mataharri badan bersinar
Seperti lidah biawak bercabang
Yang mana bercakap benar

Buah kendur dibuang kulit
Siang malam gelap cerah
Percakapan ahli politik berbelit-belit
Pagi petang beralih berubah

Lelabi kelihatan seperti kekura
Suka berenang dalam paya
Di depan berkelakuan pura-pura
Di belakang berparangai buaya

Berkelah membawa pelbagai bekalan
Termasuk gulai ikan keli
Berkempen janji segala permintaan
Berjaya lupa semua sekali

Membajak dengan cangkul besi
Bekerja kuat para petani
Apabila sudah memenangi kerusi
Membawanya melompat ke sana sini

No comments:

Post a Comment