Rumah usang kediaman lama
Bumbung nipah dinding buluh
Warna kulit perbezaan agama
Tidak boleh dijadikan musuh
Kopi campur susu pekat
Minuman petang pukul lima
Kemiskinan ketinggalan dalam masyarakat
Sikap kehidupan punca utama
Kencing manis sakit jantung
Penyakit panjang orang tua
Hidup jangan semata-mata bergantung
Kejayaan harus mempunyai petua
Masih putik buah sukun
Peramlah di dalam jerami
Usaha rajin dan tekun
Itulah petua kejayaan kami
Kisar padi dapatkan beras
Buat kuih dengan acuan
Orang Cina bekerja keras
Tanpa mengharapkan sebarang bantuan
Rambut panjang sering disikat
Kelihatan segak Cik Fatimah
Kalau selalu menggunakan tongkat
Lumpuh otak badan lemah
Bulu hitam burung gagak
Bangkai lembu habis ditelan
Buangkan tongkat berdiri tegak
Mengorak langkah menghadapi cabaran
Diam penggali tentu berkarat
Diam batu akan tenggelam
Membanting tulang empat kerat
Dari siang sampai malam
Menggunakan tongkat Si Buta
Meraba-raba di dalam semak
Makin banyak makin minta
Itu perangai orang tamak
Adik perempuan namanya Zaleha
Gobek sirih dengan pinang
Kejayaan hasil orang berusaha
Kemalasan halangan menjadi senang
Anak dagang menghantar surat
Hantar juga buah berangan
Ringan tulang perut berat
Berat tulang perut ringan
Anak belalang berjaya diterkup
Diberi kepada burung nuri
Jimat cermat amalan hidup
Sikap boros harus dihindari
Hujan lebat sebelah petang
Diikuti kilat dan guruh
Untung secupak belanja segantang
Gunung emas pun runtuh
Negeri Kedah negeri jelapang
Sungai dimudik dengan rakit
Walaupun dijimatkan seduit sekupang
Lambat laun menjadi bukit
Anak berudu ibu katak
Menangkap nyamuk pencegah penyakit
Membajak sawah banyak petak
Bermula juga daripada sedikit
Tudung kepala dengan kotak
Pekik sampai suara serak
Bukan miskin kerana otak
Gagal kerana tidak bergerak
Hutan rimba tempat pemeliharaan
Harimau gajah dan badak
Semata-mata menunggu bantuan karajaan
Sendiri langsung tidak bertindak
Bermain layang-layang wau bulan
Jangan main di jalan raya
Kalau semata-mata menunggu bantuan
Sampai bila nak berjaya
Terlepas dari cengkaman jin
Masuk pula ke mulut buaya
Tekun usaha dan rajin
Sesiapa sahaja akan berjaya
Atas pucuk buah kurma
Mengait dengan sebatang galah
Melaksanakan dasar yang saksama
Warna kulit bukan masalah
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment