Hatiku berdebar-debar
Apabila kulihat senyuman kau lebar
Pasti ada sesuatu yang nak kau khabar
Hal-hal yang kau kisahkan
Selalunya berbau baraan
Sehingga terhilang haluan
Isu-isu sehalus kuman
Dapat juga diheboh-hebohkan
Sehingga tinggi mengawan
Kau memang suka menganiaya
Sentiasa cuba sedaya upaya
Membesar-besarkan perkara yang merbahaya
Seolah-olah ingin memperlihatkan huru-hara
Sanggup mengakibatkan kekecohan membara
Rakyat berbilang kaum didera
Sampai hati pemimpin Negara
Berikhtiar pelbagai cara
Engkari keharmonian dipelihara
Gembar-gemborkan yang kurang sempurna
Menyerabutkan hal-hal yang tidak kena-mengena
Sampai semua lapisan merana
Para pemimpin yang terkini
Jangan lakukan perbuatan yang dikeji
Agar rakyat hidup dengan harmoni
Kata-kata pedih harus dikesali
Tingkat-laku melampau patut dihidari
Supaya jalinan berbilang kaum dapat dihayati
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment