Saturday, February 20, 2010

Satu Impian

Cincin permata cincin berlian
Makin pakai makin kilat
Berbilang kaum satu impian
Pelbagai kebudayaan satu hasrat

Bangau hinggap belakang kerbau
Berdiri tegak diam membatu
Buangkan tingkat laku melampau
Itu jiwa yang terbuntu

Bulan mulia bulan puasa
Azam berbakti dan berjasa
Sungguhpun kita berlainan bangsa
Masih boleh hidup sentosa

Hasil lumayan buah tempatan
Manggis cempedak dan durian
Lakukan sesuatu mengikut perasaan
Kesali dan insafi kemudian

Kelihatan letih budak gemuk
Membawa beras dalam kampit
Hidup dalam masyarakat majmuk
Hindarilah fikiran yang sempit

Ikan tamban ikan gelama
Digenggam erat dalam tangan
Warna kulit masalah ugama
Jangan dijadikan satu halangan

Bunga mawar dalam taman
Baunya merebak ke merata-rata
Usah bangkitkan isu perkauman
Tentu impian menjadi nyata

Rasanya pahit buah peria
Dimakan juga sebagai sayuran
Impian rakyat satu Malaysia
Mencapai perpaduan dan kemakmuran

Isikan sayuran dalam kelongsong
Kecuali petola dan peria
Kalau hanya kata kosong
Segala impian menjadi sia-sia

No comments:

Post a Comment