Monday, May 10, 2010

Adakah itu perbuatan "Tumbuk Rusuk " ?

Adakah itu perbuatan “ Tumbuk Rusuk ” ?

Masalah “Rasuah ” semakin berleluasa dalam Negara kita . Bukan sahaja jabatan pencegah rasuah kelihatan seolah-olah menitikberatkan masalah tersebut ,malah rakyat biasa dan badan-badan NGO juga sering memberi pendapat yang bernas tentang “ Rasuah ”. Sungguhpun begitu rakyat seluruh Negara tetap bimbang terhadap masalah ini tetapi sebagai rakyat biasa ; apakah yang boleh kami buat untuk mengatasi masalah tersebut ?
Sekiranya sesiapa yang memberi wang atau ganjaran kepada pihak yang berkenaan untuk melepaskan diri daripada didakwa ataupun dikenakan tindakan undang-undang pasti dianggap
“ tumbuk rusuk ”. Tetapi kita harus mempunyai bukti yang kukuh untuk membuat tuduhan , ini nampaknya mungkin tidak mudah untuk rakyat biasa untuk membuat demikian. Tentu sekali kita tidak boleh membuat sebarang tuduhan dengan serkap jarang.
Sedangkan memberi suapan yang setakat lima ringgit atau lima puluh ringgit memerlukan bukti yang kukuh, inikan suapan yang berjuta-juta , tentu sekali harus mempunyai bukti-bukti yang cukup. Jika tidak semua tuduh akan menjadi “ fitnah” semata-mata.
Selain daripada pemberian tak kira merupakan wang-ringgit ataupun ganjaran lain boleh dijadikan bukti tuduhan rasuah , dengan bantuan pihak Jabatan Pencegah Rasuah orang yang terlibat pun boleh membuktikan perbuatan rasuah .
Adakala menyumbangkan perkhidmatan sex untuk mendapatakan kemudahan atau faedah daripada orang yang berkenaan juga merupakan perbuatan rasuah. Tetapi adakah orang yang menawarkan perkhidmatan tersebut sudi menampil untuk membuktikan perbuatan yang terlibat diri sendiri. Nampaknya hamper-hampir mustahil !
Sekiranya ada pihak yang “ meminta ” ganjaran supaya melicinkan kerja-kerja yang diuruskan , tetapi pihak yang diminta sudi memberi atau menyahut permintaan tersebut. Suka sama suka , dianggap IKHLAS , siapakah yang dapat menjadi saksi tentang janayah tersebut , ini agak sukar.
Lagipun bukan mudah bagi rakyat biasa untuk menentukan sama ada perbuatan yang dilakukan itu boleh menyabitkan kesalahan atau tidak. Maka rela mengemukakan maksiat yang bersubahat . Kekurangan ilmu pengetahuan undang-undang rakyat yang ingin menjadi saksi akan menyukarakan tindakan mendakwa orang yang terlibat. Umpamanya , orang yang berkuasa meluluskan sesuatu dengan menerima sumbangan , sungguhpun anak buahnya dalam jabatannya mengetahui tetapi adakah mereka sudi membuat tuduhan seperti anjing menyalak bukit.
Dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil , berjuta-juta wang-ringgit dicurahkan untuk memancing undi. Rakyat kawasan tersebut menerima wang peruntukan dengan memberi undi kepada pihak berkenaan dengan terus terang. Adakah itu berbuatan “ tumbuk rusuk ” ? Bagaimanakah kita boleh membuktikan bahawa peruntukan “ luarbiasa ” itu merupakan suatu suapan ?

No comments:

Post a Comment