Sekiranya seseorang pengedar dadah yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati , tiba-tiba kita terjumpanya dalam perjalanan , apakah akan tertimbul dalam hati kita secara spontan : mungkin ada yang serupa wajah-nya dalam dunia ini ? mungkin dia telah dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan dibebaskan oleh Tuan Hakim Yang Terhormat ? ataupun ada lagi lain-lain saluran yang boleh mengecualikan hukuman yang dijatuh-kan oleh mahkamah -----------. Sebagai orang biasa memang tidak dapak tahu dan juga tidak sesiapa diwajibkan untuk mengemukakan “ rahsia ” ini kepada umum . Hanya orang yang terlibat dan Tuhan yang tahu . Ini semua tentu tidak mungkin dibongkarkan buat selama-lamanya hingga ke akhirat .
Persoalan yang tertimbul dalam fikiran orang ramai akan menjadi “ saspen ” –seumur hidup pun tidak akan dapat jawapan . Hanya apa yang boleh kita buat -“ ramalan ”, “ tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan seperti serkap jarang ” jika tidak apakah daya kita rakyat biasa yang tidak berkuasa ? Sedangkan orang-orang yang berkuasa dan berhak membuat sesuatu pun diam diri atau pejam sebelah mata .
Friday, May 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment