Anak-anak yang dimanja-manjakan tidak akan membesar malahan seumur hidup mengharap-harapkan bantuan atau kawalan ibu bapa. Sekiranya kita sentiasa hendak memberi ikan kepada mereka yang berkehendakannya , lebih baik kita mengajar mereka cara menangkap ikan agar mereka dapat hidup berdikari . Sesiapa sahaja yang berkehendakan kejayaan harus buang-kan tongkat yang memegang sekian lama , berusaha dengan gigih dan berikhtiar untuk meneroka sebatang jalan yang menghala ke menara kejayaan. Menang dalam sebarang perusahaan tentu mempunyai kerumitan dan halangan , yang paling penting kita mesti berani menghadapinya . Akhirnya pasti akan menikmati manisan kejayaan.
Kejayaan yang diperoleh dengan bantuan oleh lain tidak boleh kekal selama-lamanya , lagipun hasil yang bukan didapati dengan titik peluh sendiri mungkinkah akan dihargai ? Jesteru pengabaian akan wujud kerana sekira-nya gagal pihak berkenaan akan member bantuan. Sampai bilakah bantuan sebitu akan diberi . Memang sudah menjadi amalan manusia apa jua yang didapati dengan mudah tanpa berusaha dengan susah payah akan tak kisah sekiranya hilang lenyap—habis pun habislah , bantuan akan diberi lagi , apa nak takut. Tetapi sebaliknya jika perusahaan yang ada itu daripada titik peluh sendiri , itu lain cerita pula , tentu sekali sayang dan memberi penjagaan yang terbaik seperti manatang minyak yang penuh , segala-galanya akan dipandang lebih penting daripada nyawa sendiri.
Kalaulah hendak berjaya tidak seharusnya menunggu bantuan daripada mana-mana pihak. Bak kata pepatah orang Melayu “ di mana ada kemahuan , di situlah ada jalannya ” ; “ mahu seribu daya , tak mahu seribu dalih ” . Mengapa kita tidak mahu mempraktikkan pesanan nenek moyang kita . Tak mahu bersusah payah , hanya nak menunggu apa yang senang sahaja ; itu memang pantang bagi seseorang yang berkehendakkan kejayaan. Mengapa keturunan lain bermula dari sifar dan berjaya tapi bangsa kita tak boleh , apakah kekurangan bangsa kita ? Bukankah kita sentiasa melaung-laungkan “ Malaysia Boleh ” . Kalau kita anggap kita boleh , tentu kita boleh jika kita berusaha bersungguh-sungguh.
Dengan ikhlasnya saya berharap semua pihak yang terlibat jagalah sekali-kali berasa tersinggung dan naik angin. Mencontohilah orang yang berjaya tanpa
Sebarang bantuan atau pertolongan. Beringat-ingatlah kajayaan kepunyaan orang-orang yang berusaha dan rajin.
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment