Selepas pulihan raya umum ke-12, Malaysia telah menyambut belasan pilihan raya keci. Pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan , sungguhpun “ gajah sama gajah berjuang ” tetapi “ pelanduk” bermanfaat di tengah-tengah . Demikianlah keadaannya, setiap pilihan raya kecil yang lepas , kerajaan pusat BN telah mencurahkan berbillion-billion ringgit kepada kawasan tersebut. Pelbagai rancangan yang belum diluluskan sekian lama pun diluluskan dengan operasi kilat.
Kami sebagai rakyat jelata tidak menghiraukan sama ada perbuatan sebegitu terlibat “rasuah” atau tidak . Yang penting sekali pemimpin negara berpeluang melawat ke kawasan pilihan raya kecil. Rakyat pula berpeluang berjabat tangan dengan Pedrdana Menteri , timbalannya , menteri-menteri dan orang besar . Bersyukurlah mereka yang berpangkat tinggi dan sibuk boleh bersua muka di kawasan kami buat kali pertama. Sekiranya waktu pilihan raya umum , tentulah mereka tidak berpeluang makan bersama rakyat . Rakyat juga tidak ada chance langsung untuk “ menjamah ” wang kerajaan.
Selama ini , permohonan peruntukan SJK (C/T) sentiasa menghadapi berbagai-bagai halangan , peluang mendapatnya begitu tipis. Kini dengan adanya pilihan raya kecil , maka segala halangan hilang begitu sahaja , peruntukan pun boleh diluluskan dengan licin dan serta-merta. Alangkah baiknya “ pilihan raya kecil ”, ia telah membawa banyak kebaikan kepada rakyat setempat.
Bukan kami berniat “ busuk hati ”, berkehendaki YB meninggal dunia, tetapi dengan adanya pilihan raya kecil , berjuta-juta rakyat bermanfaat. Peniaga-peniaga kecil setempat pun berpeluang mencari lebih sikit nafkah ! Menabur wang pada pilihan raya kecil merupakan hakikat dan lama kelamaan ia akan menjadi suatu amalan “ halal ” sungguhpun berbau tidak begitu sihat.
Kami benar-benar kehausan pilihan raya kecil demi kepentingan rakyat dan kemajuan setempat. Sorilah YB berkorbanlah tuan ! Kami amat berterima kasih dengan kekorbanan tuan !
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment