Tuesday, May 11, 2010

Adakah itu perbuatan "Tumbuk Rusuk " ?

Adakah itu perbuatan “Tumbuk Rusuk ” ?

Sebelum hari buang undi—25hb April 2010 pilihan raya kecil kawsan parlimen Hulu Selangor , Perdana Menteri Malaysia telah berjanji akan menyumbang sebanyak 3 juta ringgit kepada sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina kawasan tersebut. Dari kaca TV , seluruh rakyat negara yang menonton siaran tersebut pasti terdengar percakapan Perdana Menteri bahawa jika BN menang kerusi kawasan tersebut pada 25hb April memberi lagi “ ANGPAU ”. Kebanyakan rakyat berasa amat curiga sada adakah perbuatan tersebut merupakan “ Tumbuk Rusuk ” ? Sungguh-pun pihak yang membuat tuduhan tetapi pihak berbuasa yang berkenaan telah menafikan.
Banyak rakyat setempat begitu iri hati terhadap penduduk kawasan Hulu Selangor ; sekarang sampai pula giliran Kawasan Parlimen Sibu Sarawak . Mereka begitu bertuah dapat menikmati “manfaat” serta-merta pilihan raya kecil. Mereka begitu mengharapkan mempunyai pilihan raya kecil untuk memperoleh “ peruntukan kilat ” . Bilakah masa yang kami nanti-nantikan akan tiba ? Kami amat mengharapkan suapan yang “sah” dari semua segi sama ada dari sudut agama atau undang-undang negara. Kami rela menerima sebarang pemberian atau ganjaran yang dianggap “SAH”. Apa salahnya kalau kerajaan BN ingin member dan kami selaku rakyat juga rela menerima dengan tangan terbuka. Kalau bukan ketika ini , bilakah kami berpeluang menikmati Wang Peruntukan Negara secara terus terang !

No comments:

Post a Comment