Tuesday, May 18, 2010

Tunggaknya Semua Berpunca Daripada Dasar

Pilihan raya kecil Sibu , Sarawak telah menyababkan BN kehilangan suatu kerusi parlimen. Walaupun Ketua Menteri Sarawak menyifatkan kekalahan tersebut : Seekor ayam berkokok bukan bermakna hari hendak siang. Ya, memang tepat kehilangan suatu kerusi parliman tidak dapat menggoyangkan atau menggugat kedudukan pemerintahan BN. Dengan lain perkataan , sekiranya BN kehilangan dua tiga kerusi sekali lagi pun,BN masih tetap menjadi kerajaan. Tetapi Ketua Menteri Sarawak harus beringat-ingat supaya kata-katanya sebegitu tidak mempengaruhi pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama sehingga kuasa pemerintahan diambil alih.
Semua pihak harus mengkaji sedalam-dalamnya, jangan sekali-kali silap mentafsirkan mesej yang disampaikan oleh pengundi-pengundi kawasan tersebut. Memang ada juga sedikit bilang yang dipengaruhi emosi peribadi tetapi kesuluruhannya berpunca daripada dasar-dasar yang tidak adil, kata-kata pedih yang sentiasa dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak yang berfikiran sempit. Jika pihak BN menitikberatkan mesej-mesej yang disampaikan dengan pentafsiran yang tepat, memang ada peluang memperoleh kemenangan yangsedia ada . Jika tidak bersedialah mengecapi kekalahan yang teruk.
Janganlah anggap kebangkitan isu-isu yang bukan-bukan boleh menakut-kan sesetengah pihak sehingga terus menyokong pihak yang berat sebelah. Suasana politik negara sudah berubah , semua pihak berkenaan harus mengakui hakikat ini. Berhentikan sebarang kata-kata yang menyinggung perasaan orang atau kaum lain . Perbuatan demikian bukan sahaja menyentuh perasaan rakyat berbilang kaum malah pihak berkenaan tetap akan menerima balasan bala .
Dengan ikhlasnya berharap pihak yang tertewas menyelidik sedalam-dalamnya dari pelbagai sudut untuk mendapat suatu fomula yang positif untuk memperbaiki kekurangan yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment