Pada pendapat saya , untuk menyelamatkan negara daripada bankrap , tarik baliklah subsidi yang kerajaan memperuntukkan. Memang negara lebih penting daripada segala-galanya , semua rakyat harus berjasa untuk menyelamatkan negara. Ini tanggungjawab kita semua . Tetapi ada juga kami tidak faham mengapakah negara kita harus mengalami akibat sebegitu buruk ! Bukankah kita sentiasa melaung-laungkan " Malaysia Boleh ! " , ke manakah kebolehan kita ? Lagipun sebagaimana yang kita ketahui , negara kita ini bukanlah seteruk mana ? Kita telah diberitahu baru-baru ini ekonomi negara semakin pulih ! Sebuah negara yang subur tanahnya ; tidak mengalami sebarang bencana alam ; pelbagai hasil pun lumayan . para pemimpin pun bijak , bersih dan amanah . Pendekata negara kita tidak mungkin boleh bankrap . Kalau kita tetap harus menghadapi akibat yang tidak diingini , tentu ada mana-mana disalahgunakan atau kekayaan negara tercicir entah ke mana ?
Kita harus dan berhak mengetahui apa telah berlaku ? Tentu ada kesilapan di mana-mana ?
Kami ingin tahu rancangan lengkap pucuk pimpinan negara kita untuk mengatasi masalah terkini ?
No comments:
Post a Comment