Kami dalam kehairanan !
Rakyat seluruh negara terkejut dan berasa bimbang ketika membaca berita yang tersiar dalam akhbar tempatan berkenaan dengan negara kita akan bangkrap pada tahun 2019 ( dikatakan oleh salah seorang menteri kerajaan pusat ) sekiranya kerajaan tidak menarik balik atau me mansuhkan subsidi minyak , gula dan lain-lian barang keperluan asas .
Diekori dengan tindakan kerajaan ini , harga barangan keperluan asas akan melambung naik . Sesiapa pun tidak menafikan hakikat ini , tentu sekali semua akibat daripada tindakan ini akan membebankan lagi rakyat yang berpendapatan rendah . Bagaimanakah rakyat biasa hedup membiayai saraf hidup sehari-harian ? Bolehkan pemimpin negara mencari jalan lain untuk mengatasi kewangan negara ? Sekiranya pemimpin kita peka dan menyelenggara negara dengan bijak , tentu sekali rakyat mungkin terelak daripada bebanan ini !
Projek-projek yang mewah dan tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat dan negara harus dibatalkan . Penggambaraan “ angkasawan Malaysia ” ke angkasa lepas memanfaatkan siapa ? Apakah perbezaannya makan “ roti canai ” dan minum “ the tarik ” di bumi dan di angkasa lepas ? Mengapa kita harus mmembuangkan wang dan masa melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan sebarang faedah ?
Mengapakah pemimpin negara sanggup menandatangani perjanjian yang memihak kepada pihak yang menender projek . Misalnya perjanjian lebuh-raya utara-selatan -membenarkan mereka menaikkan bayaran tol sungguh-pun mereka berkeuntungan berbilion-bilion ringgit .
Sekiranya pemimpin negara berhati-hati dan bijaksana , banyak lagi hal-hal yang sedemikian dapat dielakkan dan menjimatkan berbilion-bilion ringgit untuk negara . Sikap membanjirkan wang negara dan silap langkah telah mengakibatkan rakyat harus menanggung beban yang berlebihan . Ini kesalahan siapa ?
Kami berasa hairan terhadap kewibawaan para pemimpin ? Adakah mengutamakan kepentingan rakyat dan negara ? Adakah mereka masih ingat kata-kata semasa mengangkat sumpah ?
Sunday, May 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment