Adakah masalah rasuah dapat dihapuskan sama sekali ? Jawapannya jelas tentu tidak mungkin “ boleh ” , sungguhpun kita sering melaung-laungkan “ Malaysia Boleh ”. Mungkin ada orang akan bertanya ; dalam dunia ini , negeri mana tidak ada masalah rasuah ? Memang tidak ada sebarang penyelidikan berkenaan masalah ini , kita tidak dapat berbincang dengan dalamnya tetapi kita tidak dapat menafikan bahawa Negara kita - “ Malaysia ” terkecuali daripada masalah rasuah.
Apakah punca berlakunya rasuah ?
Kebanyak daripada masalah rasuah yang berlaku adalah untuk mengelakkan saman yang dikenakan oleh pihak berkenaan. Orang ramai yang terlibat dalam kes-kes pelanggaran undang-undang lalu lintas . Biasanya mereka yang terbabit akan mengkaji dari sudut denda yang akan dikenakan . Sekiranya kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan denda sebanyak RM 300 , maka pesalah akan menerima tawaran suapan RM 50 atau yang kurang daripada itu . Dengan membandingkan di antara perbezaan denda dan suapan, tentulah mereka memilih memberi suapan. Bagi pihak berkuasa pula , mereka ambil kira jika pesalah menerima saman dan dikenakan danda (kompaun ) , orang yang mengeluarkan saman apa pun tak dapat tetapi sebaliknya dia menawarkan RM 50 untuk membuat selesai dan pesalah pula besetuju untuk membayar , maka orang yang menjalankan tugas memperoleh “alaun ” berlebihan .
Dengan tarikan nilai kebendaan , kedua-dua pihak telah mengabaikan segala prinsip mahupun dari segi agama atau undang-undang . Mereka mengambil resiko menghadapi tindakan PBR . Kedua-dua pihak sudi berbuat demikian , mereka memilih melakukan perbuatan rasuah , bagaimanakah kita hendak membentaraskan masalah ini ?
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment