Berlakunya peristiwa perit Mei 13 telah mencemarkan nama baik dan keharmonian rakyat berbilang kaum Malaysia. Tidak sesiapa yang mencintai negara dan menghargai penghubungan erat setiap insan yang berada dalam tanah air ingin melihat peristiwa Mei 13 berlaku lagi. Oleh sebab berlakunya peristiwa tersebut , berapa orangkah manusia yang tidak berdosa terkorban ? Pasti tidak seorang pun yang memperoleh kebaikan dari peristiwa itu. Yang memperoleh faedah hanya ahli politik yang memperalatkan isu perkauman untuk terus hidup dalam bidang politiknya. Mereka cuba melanjutkan nyawa politik mereka di celah-celah masalah perkauman yang mereka bangkitkan.
Adakah peristwa Mei 13 itu amat membanggakan negara kita sehingga ada orang sentiasa menggembar-gemburkan peristiwa tersebut ? Untuk mencapai agenda yang tertentu , Mei 13 telah dijadikan suatu ugutan atau ancaman kepada orang yang tidak ingin menghadapi huru-hara dan mereka yang hati tikus dan kurang peka. Baru-baru ini seorang daridapa ADUN negeri Pulau Pinang telah membangkitkan Mei 13 dalam mesyuarat dewan undangan. Perbuatan sebegini harus diketuk sekeras-kerasnya. Para pengundi harus menolak orang yang masih “mentah” dan bertindak secara membabi buta. Walaubagaimanapun sebagai seorang “tokoh” politik mesti memikir sesuatu dengan masak-masaknya. Tentu sekali tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak bertanggungjawab dan pedih. Mereka mesti lebih peka terhadap sesuatu isu daripada orang biasa.
Peristiwa Mei 13 harus dijadikan suatu pengajaran kepada sesiapa pun untuk mengelak-kan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Mengapakah kita harus mengabai-kan keharmonian yang kita kecapi dan bermain-main dengan api ?
Anggaplah Mei 13 itu sebagai suatu peringatan bukan ugutan atau ancam kepada para pengundi untuk memenangi pilihan raya ataupun menjadi cuba nak menjadi “ Wira Bangsa ” !
Wednesday, May 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment