Untuk mendapatkan sesuatu projek , orang ramai biasanya akan mencari peluang melalui pintu belakang agar memperoleh projek berkenaan sama ada dengan cara apa jua dianggap “ haram ” dari segi undang-undang . Kesemua projek harus melalui prosedur yang tertentu - iaitu “ tender terbuka ”. Walaupun begitu , masih ada yang melalui tokoh-tokoh polotik yang berpegnaruh bagi mendapatkan tender tersebut , adakah cara ini merupakan salah satu perbuatan “ rasuah ” ? Kami memang kurang pasti !
Ada juga orang yang berjaya mendapat tender harus membekalkan berjuta-juta hanya untuk mendapatkan “ surat pengesahan ” . Jika hal demikian adalah benar , maka tentu sekali pihak yang menjalankan projek tersebut akan cuba sedaya memeras wang sogokan tersebut dengan mengurangkan bahan-bahan pembinaan sehingga bangunan yang serba kurang itu runtuh atau menga-lami masalah sebelum digunakan . Tetapi bagaimanakah orang ramai atau pihak PBR hendak membuktikannya memandangkan orang yang terlibat itu berkuasa dan juga kaya raya . Sedangkan pihak PBR pun tidak berdaya inikan rakyat biasa .
Perbuatan tersebut bukan sahaja merugikan negara malah akan mengacam keselamatan orang ramai .Sekiranya terkorban sebarang nyawa yang disebab-kan oleh pembinaan yang bermasalah , selain daripada menjalankan siasatan demi siasatan , apakah yang boleh dibuatkan lagi oleh kerajaan. Masih ada berapa laporan siasatan masih belum dapat dikemukakan oleh pihak yang berkenaan ? Tidak sesiapa pun bertanggungjawab , maka sampai bilakah masalah-masalah sebegini dapat diatasi atu diperbaiki ? Tentu tiada jawapan buat selama-lamanya !
Wednesday, May 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment