Tuesday, May 25, 2010

Berkenaan Rasuah yang berleluasa

Bagaimanakah hendak memastikan sama ada sesuatu perbuatan atau tindakan itu terbabit “ rasuah ” ? Sebagaimana yang kita ketahui , tak kira sesiapa yang menumbuk rusuk atau makan suap -- menerima rasuah adalah suatu kesalahan jika mempunyai bukti yang kukuh. Kita tidak boleh membuat sebarang tuduhan secara serkap jarang . Ini memang tidak adil terhadap orang-orang yang berkenaan . Oleh sebab ini lazimnya orang yang terbabit mengambil kesempatan ini untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan selanjutnya . Lagipun perbuatan tumbuk rusuk atau makan suap merupakan perundingan di antara dua pihak , kedua-dua pihak sama-sama bertsetuju melakukan yang bersalah itu ; maka di antara mereka tiada mana pihak daripada mereka ingin membungkarkannya. Oleh itu , orang ramai hanya mengetahui sesuatu peristiwa yang tidak mungkin berlaku – ia telah menjadi suatu “ rahsia yang diketahui orang ramai , bukan lagi suatu rahsia ”. Tetapi orang ramai tidak membuat apa-apa pun kerana tidak mempunyai bukti yang jelas. Sebagai contohnya –sesuatu projek yang tersangkut atau terbengkalai , tiba-tiba telah diluluskan dengan keadaan yang sama. Orang ramai tidak dapat ketahui , dalam keadaan yang sama , mengapa sebelum itu tidak boleh diluluskan ? Tetapi selepas seketika kemudian dapat diluluskan dengan tiba-tiba ? Orang ramai memang berasa kehairanan , tidak hairanlah dengan spontan yang muncul dalam otak ialah “ dah buat kiralah ” !

No comments:

Post a Comment